Tuesday, February 15, 2011

cinta dan ketidaksempurnaan aku

aku bukan lah 
bidadari yang turun dari kayangan
mahupun hamba datang dari jalan
aku cuma lah 
insan yang bergelumang dengan khayalan
insan yang tidak cukup kesempurnaan

hari ini aku sedar kesilapan
hari smalam membawa kesedaran
yang sebenarnya dosa berterusan

aku bukan lah hamba allah yang maksum
seperti rasulullah S.A.W.
aku tidak lah sebaik para sahabat rasulullah
aku tidak lah setabah wanita yang gagah

sesungguhnya hari ini aku sedar
cinta aku tidaklah sekuat 
cinta putri zulaika pada nabi yusof
yang sanggup lakukan apa sahaja demi cinta

aku bukan lah insan yang bisa mengabdikan cinta
seperti mana taj mahal berdiri teguh
lambang cinta shah jahan kepada mumtaz nya

aku sedar dengan ketidak sempurnaan ini
kerana itulah aku perlu sedar
cinta yang aku harap kan putus di tengah jalanan

sesungguhnya aku tahu mungkin allah telah tetapkan
jodoh yang sempurna untuk aku suatu hari nanti

seseorang yang bisa menunaikan janji yang ditabur
seseorang yang bisa menjaga aku
seseorang yang bisa menemani aku kala aku menitiskan air mata
seseorang yang setia bersama aku susah atau senang

aku redha dengan ketentuannya
tidak akan ada penyesalan dangan dugaan mendatang
mungkin hari ini dia bukan untuk aku
tetapi mungkin suatu hari nanti 
seseorang bakal hadir malafazkan kata cinta suci dihadapan aku
dengan jujur dan penuh ikhlas

mungkin hari ini aku menangis kerana hilangnya cinta itu
tetapi hari esok akan aku jadi lebih tabah
mungkin apa yang aku rancang menjadi tidak sempurna
tetapi aku tidak akan berputus harapan untuk terus merancang
mungkin hari ini senyuman aku hilang kerna itu
tetapi aku bercaya akan ada yang membawanya kepadaku semula

aku redha dengan ketentuan mu ya- ALLAH
kau maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba mu yang hina ini
sesungguhnya tetap kan lah iman aku selepas ini
supaya aku lebih redha dan tenang manempuh hari-hari mu yang bakal datang

hari ini, esok atau lusa
aku tetap redha dengan ketentuanmu 
dan aku akan menunggu hadirnya insan
yang bakal melakarkan senyuman ku semula
insyaallah

post signature

No comments: